Friday, September 14, 2018

REMEDIES FOR SADNESS by MUFTI ISMAIL MENK

Dunya is a testing ground.The evidence that this is a testing ground is none of us has what we want in this world, rather we only get what Allah has chosen for us. So, Allah tests us with health matters, financial matters,family matters. So many other different issues, different types of loss. Remember, things don't happen according to how we want them to happen. Because Allah is telling us to hang on! It's just a test! HE want to see how we react? Will this bring us closer to HIM?

However, a lot of us are sad because of something temporary. We've lost wealth, everybody's lost wealth. Nobody seated here has not suffered a loss. Everybody has. They've dealt it differently. They've suffered at different levels.

Allah tests us according to our level.When Allah loves you more, He tests you more.That's a hadith.
It's because when we have a problem or an issue, it is human nature that when we have problem, we will start looking for solutions. And a believer will look for solutions by getting closer to Allah. So when Allah wants us to become very close to HIM, HE gives us a bigger problem because if we did not have this major issue in our life,perhaps we wouldn't even be bothered about calling out to ALLAH.

When we become sad, try to close our eyes and try to think about the situation in Palestin and Syria.Look at those who have a bigger problems than us. Our test are far easier than those who are being bombed in aerial bombing on daily basis. So, don't let our problems distress us and don't let it worry us and we need to remember to get closer to our Creator.

No matter what's going to happen, it's only by the permission of ALLAH..that they will be able to achieve if ALLAH wants them to. And it's going to better for you either ways.

Remember,when everything is going against your liking, you are assured that it is going according to the plan of ALLAH. Nothing goes according to someone else plan.It is ALLAH's plan!!

Life is temporary.Days do not last. It will not be the same.After nightfall comes day, and after days comes night. That's the plan of Allah!!!

Remedies for sadness by mufti menk are:

1) develop our quality of salah
2) take our times when it comes to quran. Try to read even one page of quran in a day
3) look at the creatures of Allah. Look at the beautiful scenery, sunset,trees and  so on

Tuesday, September 4, 2018

DIARI SEORANG SUKARELAWAN #1


Bismillahirrahmanirrahim…


Entah bila saya mula menanam minat dalam ‘dunia sukarelawan’ ini. Selama ini saya tidak tahu apakah itu volunteerism.Adakah apabila seseorang itu pergi ke luar negara seperti Palestin dan Syria itu baru dipanggil volunteer? Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati saya untuk membuka youtube dan kebetulan di situ terdapat video mengenai volunteer. Dari situ agaknya saya jatuh cinta dengan sukarekawan ini (jatuh cinta pandangan pertama gitu)  iaitu sejak saya di matrikulasi. Dan alhamdulillah Allah menjawab doa saya.Sungguh tidak menyangka Allah memilih saya untuk melibatkan diri dalam ‘dunia sukarelawan’ ini meskipun pada masa yang sama saya juga seorang student di UiTM Sungai Buloh. Mesti di pemikiran kalian terutamanya bagi seorang student sekarang berlegar-legar persoalan-persoalan seperti dibawah ini :

“tak takut ke pergi volunteer seorang-seorang?”
“tak takut tertinggal pelajaran bila join volunteer?”
“tak takut busy ke bila join program macam ni?”
“tak sayang duit ke selalu keluar join volunteer?”

Jadi kunci kepada segala persoalan diatas adalah untuk berbuat sesuatu perkara kita haruslah yakin, confident dengan apa yang kita lakukan. Mengapa perlu ada rasa takut untuk berbuat baik dan untuk memberi? Kalau kita berniat baik inshaAllah Allah akan mempermudahkan segala urusan kita. Jadi,tidak perlu khuatir kerana Allah sentiasa ada untuk kita.Kita tak perlulah takut untuk mengorbankan masa ,tenaga dan wang kita untuk melakukan sesuatu perkara yang baik di sisi Allah kerana Allah akan sediakan sesuatu yang jauh lagi besar untuk kita.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat.”
(Q.s.,at-Taubah:41)

Jadi jom kita dapatkan tiket ke syurga Allah dengan melakukan kebaikan sebanyak mungkin! Kerana apa? kerana syurga itu bukanlah percuma.
Dunia sukarelawan ini telah menyedarkan saya bahawa setiap orang di antara kita masing-masing mempunyai peranan untuk membantu orang-orang disekeliling kita. Tidak kiralah siapa mereka da nasal mereka. Setiap kali saya membaca hadith ini, terus rasa semangat untuk membantu mereka yang memerlukan. Hadith itu berbunyi begini…

 Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”
                                                            
Jadi, sepanjang saya menyertai program-program sukarelawan ini ada dua kisah yang sangat menyentuh hati saya. Jadi, saya akan menceritakan serba-sedikit pengalaman sebagai seorang sukarelawan di dalam dua kisah ini yang berjudul:


  •              Dia Insan Yang Terpilih
  •              Ribut berganti pelangi:)

DIA INSAN YANG TERPILIH

Tilawah Quran Braille ini merupakan program sukarelawan pertama yang saya join. Program ini telah dianjurkan oleh PERTIS dan MRA pada Disember 2017. Tilawah ini melibatkan remaja, dan warga emas yang nasibnya tidak sama dengan kita kerana Allah menguji mereka dengan tidak dapat melihat. Tapi, mashaAllah saya berasa malu dan kagum kepada mereka kerana mereka begitu bersemangat melantunkan ayat suci Al-Quran meskipun tidak dapat melihat. Jadi, tugas volunteer pada hari kejadian adalah memimpin tangan mereka untuk ke tandas, mengambil makanan dan sebagainya. Melihat kehidupan mereka membuatkan saya rasa sangat bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan berikan.

Sepanjang program ini saya mengenali ramai peserta tilawah braille tetapi dua orang ini yang saya kira lebih rapat dengan saya sehingga berakhir program, iaitu Hidayah dan juga ‘ummi’.
Hidayah ini merupakan pelajar  KUIS dalam  bidang AL-Quran dan Al-Qiraat. Beliau merupakan salah seorang penghafaz Al-Quran. Saya sungguh kagum dengan semangatnya menghafaz al-quran meskipun tidak dapat melihat normal seperti kita semua. Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika kita berada di tempat mereka? Mesti kita mempunyai rasa give up kan. Hidayah telah membuktikan bahawa buta bukanlah mereka untuk berjaya dengan cemerlang. Beliau telah mendapat johan dalam tilawah braille ini.

Seterusnya, saya juga mengenali seorang mak cik yang berketurunan cina muallaf. Subhanallah! Sepanjang program ,saya memerhati saja gelagat mak cik ini. Mak cik ini seorang yang happy go lucky kerana asyik gelak saja. Tapi, disebalik senyuman dan gelak tawa itu, rupanya mak cik itu mempunyai kisah yang sangat pahit. Sebelum saya dan rakan-rakan pulang, kami sempat berborak-borak bersama mak cik itu.Sampai satu tahap, mengalir jernihan air mata di pipi mak cik itu. Mak cik mempunyai pelbagai masalah.Beliau ditinggalkan oleh suami sendiri dan kehidupannya setelah itu sangat susah.Sungguh saya  tidak menyangka orang yang saya lihat seperti tiada masalah rupanya menyimpan masalah yang lagi besar daripada saya. Dan sebelum kami pulang mak cik itu menyuruh kami memanggilnya ‘ummi’.Dari situlah saya mengenali ummi yang saya anggap berjiwa besi kerana beliau terus bersemangat menghadapi harinya yang mendatanag meskipun banyak masalah yang melanda.


RIBUT BERGANTI PELANGI

Kali ini saya akan berkongsi pula pengalaman saya dalam menyantuni sebuah keluarga yang ‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’.Setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan. Inilah yang telah dilalui oleh Encik Rosli sekeluarga.

Beliau bekerja sebagai seorang nelayan demi menampung kehidupan keluarganya. Tapi, disebabkan hasad dengki manusia, punca pendapatannya terjejas kerana bot beliau telah dibakar orang. Beliau juga mempunyai enam orang  anak dimana dua orang anak itu adalah OKU dan seorang lagi menderita sakit buah pinggang. Sangat bersemangat sekali keluarga ini dalam menjalani kehidupan mereka berhari-hari meskipun diuji dengan ujian yang sangat berat.

Jadi, dalam program DSP ini, kami dipecahkan kepada banyak team.Satu team akan mengubah suai rumah Encik Rosli  supaya lebih bersih dan cantik,manakala team yang lain akan mecuci pakaian Encik Rosli sekeluarga di dobi dan team yang satu lagi pula akan membawa beliau sekeluarga untuk bersiar-siar sementara menunggu rumah mereka di ubah suai.

Penat yang kami sukarelawan lalui sepanjang hari itu akhirnya terubat apabila melihat keluaga Encik Rosli tersenyum bahagia melihat transformasi rumah mereka yang dahulunya kotor dan tidak terurus kini sudah seperti rumah baru yang bersih dan cantik. Menjadi sukarelawan memang kadang-kadang agak penat , tapi dihujung hari itu kita akan berasa  bahagia kerana dapat membahagiakan orang lain.
Jadi ini adalah antara ayat pembakar semangat saya untuk saya terus memberi kepada masyarakat.Ayatnya berbunyi seperti berikut:

All of us have a role...sometimes we don’t realize it until something happens in our life.
If there is oppurtunity for you to do any good, any volunteer work,grab it!!! 

Allah gives you oppurtunity to do something good for other people, just do it!! 
You don’t choose..
I think at the end of the day, its always about putting smile in other people's faces.One smile can actually change a person's day:)

"The best of people are those that bring most benefit to the rest of the mankind"

"Indahnya hidup, bukan kerana seberapa banyak kamu bahagia. Indahnya hidup, kerana seberapa banyak  kamu membahagiakan orang lain"

May all of us get rewards from ALLAH to go to jannah