Bismillahirrahmanirrahim…
Entah bila saya mula
menanam minat dalam ‘dunia sukarelawan’ ini. Selama ini saya tidak tahu apakah
itu volunteerism.Adakah apabila seseorang itu pergi ke luar negara seperti
Palestin dan Syria itu baru dipanggil volunteer? Alhamdulillah Allah telah
menggerakkan hati saya untuk membuka youtube dan kebetulan di situ terdapat
video mengenai volunteer. Dari situ agaknya saya jatuh cinta dengan sukarekawan
ini (jatuh cinta pandangan pertama gitu) iaitu sejak saya di matrikulasi. Dan alhamdulillah
Allah menjawab doa saya.Sungguh tidak menyangka Allah memilih saya untuk
melibatkan diri dalam ‘dunia sukarelawan’ ini meskipun pada masa yang sama saya
juga seorang student di UiTM Sungai Buloh. Mesti di pemikiran kalian
terutamanya bagi seorang student sekarang berlegar-legar persoalan-persoalan
seperti dibawah ini :
“tak takut ke pergi volunteer
seorang-seorang?”
“tak takut tertinggal
pelajaran bila join volunteer?”
“tak takut busy ke bila
join program macam ni?”
“tak sayang duit ke selalu
keluar join volunteer?”
Jadi kunci kepada
segala persoalan diatas adalah untuk berbuat sesuatu perkara kita haruslah
yakin, confident dengan apa yang kita lakukan. Mengapa perlu ada rasa takut
untuk berbuat baik dan untuk memberi? Kalau kita berniat baik inshaAllah Allah
akan mempermudahkan segala urusan kita. Jadi,tidak perlu khuatir kerana Allah
sentiasa ada untuk kita.Kita tak perlulah takut untuk mengorbankan masa ,tenaga
dan wang kita untuk melakukan sesuatu perkara yang baik di sisi Allah kerana
Allah akan sediakan sesuatu yang jauh lagi besar untuk kita.
“Berangkatlah kamu baik
dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat.”
(Q.s.,at-Taubah:41)
Jadi jom kita dapatkan
tiket ke syurga Allah dengan melakukan kebaikan sebanyak mungkin! Kerana apa?
kerana syurga itu bukanlah percuma.
Dunia sukarelawan ini
telah menyedarkan saya bahawa setiap orang di antara kita masing-masing
mempunyai peranan untuk membantu orang-orang disekeliling kita. Tidak kiralah
siapa mereka da nasal mereka. Setiap kali saya membaca hadith ini, terus rasa
semangat untuk membantu mereka yang memerlukan. Hadith itu berbunyi begini…
“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang
Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”
Jadi, sepanjang saya
menyertai program-program sukarelawan ini ada dua kisah yang sangat menyentuh
hati saya. Jadi, saya akan menceritakan serba-sedikit pengalaman sebagai seorang
sukarelawan di dalam dua kisah ini yang berjudul:
- Dia Insan Yang Terpilih
- Ribut berganti pelangi:)
DIA
INSAN YANG TERPILIH
Tilawah Quran Braille
ini merupakan program sukarelawan pertama yang saya join. Program ini telah
dianjurkan oleh PERTIS dan MRA pada Disember 2017. Tilawah ini melibatkan
remaja, dan warga emas yang nasibnya tidak sama dengan kita kerana Allah
menguji mereka dengan tidak dapat melihat. Tapi, mashaAllah saya berasa malu
dan kagum kepada mereka kerana mereka begitu bersemangat melantunkan ayat suci
Al-Quran meskipun tidak dapat melihat. Jadi, tugas volunteer pada hari kejadian
adalah memimpin tangan mereka untuk ke tandas, mengambil makanan dan
sebagainya. Melihat kehidupan mereka membuatkan saya rasa sangat bersyukur
dengan segala nikmat yang tuhan berikan.
Sepanjang program ini
saya mengenali ramai peserta tilawah braille tetapi dua orang ini yang saya
kira lebih rapat dengan saya sehingga berakhir program, iaitu Hidayah dan juga
‘ummi’.
Hidayah ini merupakan
pelajar KUIS dalam bidang AL-Quran dan Al-Qiraat. Beliau
merupakan salah seorang penghafaz Al-Quran. Saya sungguh kagum dengan
semangatnya menghafaz al-quran meskipun tidak dapat melihat normal seperti kita
semua. Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika kita berada di tempat mereka?
Mesti kita mempunyai rasa give up kan. Hidayah telah membuktikan bahawa buta
bukanlah mereka untuk berjaya dengan cemerlang. Beliau telah mendapat johan
dalam tilawah braille ini.
Seterusnya, saya juga
mengenali seorang mak cik yang berketurunan cina muallaf. Subhanallah! Sepanjang
program ,saya memerhati saja gelagat mak cik ini. Mak cik ini seorang yang
happy go lucky kerana asyik gelak saja. Tapi, disebalik senyuman dan gelak tawa
itu, rupanya mak cik itu mempunyai kisah yang sangat pahit. Sebelum saya dan
rakan-rakan pulang, kami sempat berborak-borak bersama mak cik itu.Sampai satu
tahap, mengalir jernihan air mata di pipi mak cik itu. Mak cik mempunyai
pelbagai masalah.Beliau ditinggalkan oleh suami sendiri dan kehidupannya
setelah itu sangat susah.Sungguh saya tidak menyangka orang yang saya lihat seperti
tiada masalah rupanya menyimpan masalah yang lagi besar daripada saya. Dan
sebelum kami pulang mak cik itu menyuruh kami memanggilnya ‘ummi’.Dari situlah saya
mengenali ummi yang saya anggap berjiwa besi kerana beliau terus bersemangat
menghadapi harinya yang mendatanag meskipun banyak masalah yang melanda.
RIBUT
BERGANTI PELANGI
Kali ini saya akan
berkongsi pula pengalaman saya dalam menyantuni sebuah keluarga yang ‘kais pagi
makan pagi,kais petang makan petang’.Setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan.
Inilah yang telah dilalui oleh Encik Rosli sekeluarga.
Beliau bekerja sebagai
seorang nelayan demi menampung kehidupan keluarganya. Tapi, disebabkan hasad
dengki manusia, punca pendapatannya terjejas kerana bot beliau telah dibakar
orang. Beliau juga mempunyai enam orang
anak dimana dua orang anak itu adalah OKU dan seorang lagi menderita sakit
buah pinggang. Sangat bersemangat sekali keluarga ini dalam menjalani kehidupan
mereka berhari-hari meskipun diuji dengan ujian yang sangat berat.
Jadi, dalam program DSP
ini, kami dipecahkan kepada banyak team.Satu team akan mengubah suai rumah Encik
Rosli supaya lebih bersih dan
cantik,manakala team yang lain akan mecuci pakaian Encik Rosli sekeluarga di
dobi dan team yang satu lagi pula akan membawa beliau sekeluarga untuk
bersiar-siar sementara menunggu rumah mereka di ubah suai.
Penat yang kami
sukarelawan lalui sepanjang hari itu akhirnya terubat apabila melihat keluaga Encik
Rosli tersenyum bahagia melihat transformasi rumah mereka yang dahulunya kotor
dan tidak terurus kini sudah seperti rumah baru yang bersih dan cantik. Menjadi
sukarelawan memang kadang-kadang agak penat , tapi dihujung hari itu kita akan
berasa bahagia kerana dapat
membahagiakan orang lain.
Jadi ini adalah antara
ayat pembakar semangat saya untuk saya terus memberi kepada masyarakat.Ayatnya
berbunyi seperti berikut:
All of
us have a role...sometimes we don’t realize it until something happens in our
life.
If there is oppurtunity for you to do any good, any volunteer
work,grab it!!!
Allah gives you oppurtunity to do something good for other
people, just do it!!
You don’t choose..
I think at the end of the day, its always about putting smile
in other people's faces.One smile can actually change a person's day:)
"The best of people are those that bring
most benefit to the rest of the mankind"
"Indahnya hidup, bukan kerana seberapa banyak kamu bahagia. Indahnya hidup, kerana seberapa banyak kamu membahagiakan orang lain"
May all of us get rewards from ALLAH to go to jannah