Nak ambil course ni memang kena siapkan diri fizikal dan mental (serius tak tipu). Jadi doktor gigi pun serius arr kena study medical? Yes, kena. Nak cabut gigi or anything abt head n neck kena tahu semua badan. Inilah antara yang mencabar. Tapi, tak lah belajar detail sgt macam student medic. Dentistry ada 5 tahun. 2 years preclinical (works on dummy) dan 3 years (not on dummy dah tapi on patient).
Preclinical belajar medical dgn dental punya subjek. Tersangatlah banyak topic BMS (basic medical science). Year 1 banyak belajar pasal teori. Kelas selalu padat daripada pukul 8 sampailah 5 petang. Bila dah ada requirement nak kena siapkan, selalu balik lambat, paling lambat waktu maghrib baru balik sebab nak siapkan projek partial denture. Year 1 lah rasanya paling best sebab tak sibuk nak siapkan requirements. Naik year 2 dah masuk sim lab dgn prostho lab. Dalam simlab lah student kena siapkan segala requirements (endodontics dan prosthodontics).
Sim lab ni memang penat tapi best je sebenarnya kalau laju dan gigi semua cukup untuk siapkan project. But its okay, lama² pun tak kemana juga.. semua akan siap (ayat ni lah yang aku selalu cakap bila aku slow dpd org lain). Year 2 ni adalah tahun yang mencabar bg aku. Sebab terjatuhkan handpiece yang sangat mahal dan kena ganti rugi dan kalau buat salah kenalah tahan sebab kena marah dengan doktor sbb satu hari nanti kita kena buat dekat patient not on dummy. Dan dpd segi pelajaran pun mencabar sebab banyak topics untuk catch up dpd year 1 sampailah year 2 untuk professional exam.
Pernah tak rasa nak quit dentistry? Mestilah pernah kalau tgh mental breakdown tu. Bila banyak projek kena redo, bila nk siapkan projek slow daripada org lain, bila selalu sangat fail dalam exams (Rasanya tak pernah pass) tapi kali ni alhamdulillah pro exam pass. Banyak jugalah kena struggle sebab aku ni jenis yang slow learner. Alhamdulillah lah setakat hari ni survive lagi. Masuk dentistry ni, banyak benda yang aku belajar. Time management. Kena tahu esok nak siapkan projek apa n etc.
Macam mana join volunteer, tak busy ke? Volunteer tu biasanya join waktu weekend so tak kacau sangat kecuali kalau ada nk siapkan projek kat prostho lab. Dah penat struggle satu minggu tu, kenalah reward diri pegi jalan² kan. Im not an A student, tapi nk share macam mana aku bahagikan masa. Aku biasanya akan buat nota atau revise balik topic lecture waktu malam weekdays sbb taknak ganggu waktu weekend. Then, waktu weekends tu kalau rajin pegilah volunteer atau hangout dgn kawan² utk hilangkan stress study.
Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, aku selalu fail dalam exam tapi alhamdulillah pass utk pro exam. I think i did not do well in pro exam but His Merciful are power more than our thoughts. Maybe these are the things that contribute to that ataupun asbab:
-call parents selalu dan minta doakan
-Solat dhuha
-Share ilmu dgn kawan²
-Buat jadual waktu study week (pic above)
I hope my sharing will help or motivate you in your studies too:) Do visit my IG @hostory9886 for more sharing abt life lesson n dental school stuff n etc :)







No comments:
Post a Comment