Tuesday, January 29, 2019

Journey As Dental Student SEM 3:)


Assalamualaikum..lama tak share pasal gigi kan? kali ni barulah sempat nak share serba sedikit tentang perjalanan sebagai dental student sepanjang sem 3 ni.Pejam celik sekejap je dah masuk year 2 dan lagi 1 sem lagi nak masuk year 3.total semua lagi 7 sem...hamek kau...berjanggut lagi nak tunggu graduate.But its okay, nak berjaya kena berkorban kan???

Semakin bertambah sem semakin banyak cabaran yang perlu aku tempuh. Setiap sem lain-lain cabaran yang kena tempuh.Sem 3 ni kena buat projek endodontic atau root canal treatment (buat dalam mulut dummy) . Then, projek prosthodontic iaitu kena buat wire bending (fuh ini yang mencabar n perlukan banyak hand skills). Tapi, best buat wire bending ni sebab tak stress macam buat complete denture..hahaha

Kelas macam biasa sangat padat daripada pukul 8 pagi sampailah 5 petang. Dah tak da SDL (self direct learning), jadi memang takda gap langsung. Sem 3 ni juga ada competency test, dimana untuk endodontic akan diberi masa 2 jam untuk buat access cavity dan untuk operative dentistry kena buat amalgam restoration. Untuk access cavity ni aku  kena redo 2 kali. Hopefully, kali ke-3 ni akan dipermudahkan Allah..Amin.. Ada cuga competency test untuk prosthodontic iaitu denture design and then kena viva dengan doktor (ini adalah part paling cuak tapi kena confident bila nak present dekat doktor)





Terkadang ada  sempat juga tefikir kenapa  minta dentistry ni? Tapi, bila terfikir macam tu terus fikir balik susah payah parents demi nak tengok anak mereka berjaya. Selalu kawan mesti tanya kenapa rajin sangat. Kadang-kadang aku jealous dengan rakan-rakan yang lain yang macam gifted. Tapi, aku sedar setiap orang memiliki keistemewaan masing-masing kan? Aku bukanlah kategori yang gifted, yang dengar sekali terus faham, tapi aku kena tulis berulang kali supaya ingat. Jadi bila aku down sangat bila tengok orang lain semua berjaya sedangkan aku berasa aku juga berusaha ...I keep telling myself this...

Dont ever compare your struggle with anyone else
Allah knows better when is the best time HE wanna give for you
Just do your best and tawakal to HIM

I hope everyone who are in the same boat with me, we must keep going and dont ever feel like you wanna give up.One of my senior also telling me this whenever i tell her that dentistry is soooooo hard.
She tell me that 

"Belajar gigi ni dah cukup stress jadi jangan tambahkan stress..i know u can do it"

(Thanks for always supporting me. You know who you are)I also like to thank to everyone that give me an encouragement to continue this journey.Yeahhh 7 sem to go.... We can do it!


Andddd....this is also the reason for me to keep surviving in dental school. I hope one day i can serve the needy and community. Waktu ni adalah first time aku join mobile clinic untuk refugee bangsa rohingya. I could see their brightest smile when they receive treatment from doctors. A few of them come from a far place just to get a treatment.  Ada banyak dalam kalangan orang rohingya oral hygiene teruk dan tak ada duit nak pegi klinik gigi. Dan ada juga tak boleh pergi sebab ada masalah kerakyatan. Seeing their smile on their face motivate me to become a dentist and makes me realise that learning dentistry in dental school for 5 years  is not just about getting pass in Exam (of course this  is important) but serve them with a knowledge  is also very important. 

For the people that is undergoing frustrations or even giving up in life, have faith and be positive.InshaAllah He will guide us through! We will not be given a test beyond our boundaries!
Have a nice dayyyyyyy everyone :) May Allah bless all of us . InshaAllah.









Friday, January 18, 2019

“ APABILA DITANYA MIMPI, TIADA RUPA, TIADA WARNA HANYALAH SUARA”



Pengalaman paling bermakna dalam hidup sudah semestinya sesuatu yang akan membuatkan kita gembira dan sentiasa ingat sampailah bila-bila. Antara pengalaman paling bermakna dalam hidup aku adalah apabila aku diberi peluang untuk berkongsi  rasa menjadi seorang yang cacat penglihatan.
Aku pergi bersama seorang sahabat unimas yang cuti ketika itu daripada Sg Buloh ke tempat program di pejabat Islamic Relief Malaysia di Bandar Baru Bangi. Kenapa aku nak join program ni? Kenapa aku rasa ini pengalaman yang bermakna dalam hidup?

Ini adalah flashback sebelum kenapa aku  nak join program ini. Pada satu hujung minggu, aku bersama-sama dua orang rakan keluar berjalan-jalan kerana dah lama tak berjumpa kerana sibuk dengan hal masing-masing. Sewaktu kami leka berbual-bual di dalam monorel, ada seorang pakcik memakai cermin mata hitam sambil membawa tongkat di sisi ingin masuk ke dalam monorel. Sewaktu beliau masuk,sedikit sahaja lagi akan terhimpit dengan pintu monorel yang besi itu. Mujurlah ada orang yang berhampiran pintu itu yang cepat-cepat menarik tangan pak cik itu sebelum pak cik itu terhimpit.

Rupa-rupanya  pak cik itu tak dapat melihat. Aku tergamam seketika. Aku seakan-akan menyalahkan diriku mengapa aku  hanya berdiam diri sahaja tanpa memberi  pertolongan? Mengapa aku asyik  leka dengan telefon  di dalam monorel berbanding menolong pak cik itu. Sejak itulah, aku berazam nak belajar bagaimana ingin menyantuni mereka yang cacat penglihatan ini.

Kemudian, apabila scroll Instagram IRM, mereka akan buat satu program Visully Impaired tentang cara menyantuni orang cacat penglihatan ini. Lalu, aku terus daftar untuk  join tanpa berfikir panjang.
Di sana, kami belajar cara menyantuni mereka daripada makan sampailah cara bagaimana hendak memimpin mereka berjalan. Malah, kami juga diberi peluang untuk merasa bagaimana hidup tanpa melihat. Kami dipakaikan mask supaya tak dapat melihat dan diberikan tongkat. Kami harus melintas jalan raya tanpa melihat dengan dipimpin oleh orang . Perasaan berdebar itu sangatlah susah digambarkan kerana tak dapat melihat apakah keadaan yang sedang berlaku di sekelilingku pada saat itu. Dengan bunyi kereta yang dipandu sangat laju membuatkan aku sangat takut dan cemas seolah-olah kereta itu akan melanggar aku. 

Ini baru sedikit sahaja yang aku rasa, bagaimana pula dengan mereka? Tidak dapat mengesan sama ada orang yang disekeliling itu jahat mahupun baik. Ya, ada yang baik dan ada juga yang jahat.

“Pada waktu itu, saya menaiki bas. Tiada siapa bersama saya.Hanya lah saya seorang diri. Saya dapat mengesan bahawa ada orang disebelah saya sedang merokok. Tak lama kemudian, di poket baju saya tiba-tiba panas dan bau kesan seperti terbakar”

Kemudian En Alif (bukan nama sebenar)  berhenti bercerita dan tersenyum. Kami semua hairan dan penasaran apa yang terjadi selanjutnya. Kemudian, beliau menarik nafas dan menyambung ceritanya kembali.

“Rupa-rupanya bau terbakar itu datang daripada poket baju saya sendiri. Orang itu sengaja meletakkan abu rokok di poket saya”

Ya, yang namanya manusia itu tidak semuanya baik belaka. Ada yang jahat dan suka mengambil kesempatan.

Ada seorang pak cik ini , beliau menceritakan bagaimana beliau kehilangan nikmat melihat. Ya, beliau dapat melihat sejak beliau lahir  tapi apabila usianya menjejak 40-an, sesuatu kejadian yang telah terjadi mengubah hidupnya 360 darjah. 

Beliau terlibat dalam kemalangan dan koma dalam tempoh yang agak panjang. Setelah tersedar dari koma, semuanya HITAM!!! Beliau tidak dapat melihat wajah-wajah yang tersayang lagi .Hanyalah suara sahaja yang dapat didengar. Beliau sangat down pada masa itu. Pekerjaannya sebagai guru juga sudah terjejas. Dan beliau sering mempersoalkan mengapa Allah memilihnya untuk menjalani ujian yang seberat ini.

Dan tak lama kemudian beliau sedar bahawa berapa lama lagi dia harus berasa down dan terus-menerus kecewa dengan hidup. Maka, beliau bangkit dan menjalani kehidupannya dengan bersemangat sehinggalah pada masa kini. Jika dulu beliau ialah salah seorang guru di sekolah tapi berkat semangat hidupnyadan tawakalnya kepada Allah , beliau sekarang ialah salah seorang pemimpin persatuan NGO untuk golongan yang cacat penglihatan.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Q.S. Al-Baqarah: 286)

Setiap diantara kita mempunyai kisah hidup masing-masing dan semuanya sudah tertulis oleh-Nya.Allah uji kita sebabnya hanyalah SATU, bukan DUA dan bukan TIGA. Sebab Allah uji kita adalah kerana Allah sayangkan kita!