Tuesday, October 23, 2018

Kerana Kita Berpijak Di Bumi Yang Sama

[visually impaired:handle with love]
sy sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika menghadiri program yang dianjurkan oleh sebuah NGO iaitu Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama PERTIS iaitu Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.
-
Pada waktu pagi, kami diberikan pendedahan tentang kaedah untuk menyantuni golongan orang cacat penglihatan.Akan sy kongsikan diakhir perkongsian ini. Kemudian, waktu petang, kami melakukan satu praktikal di mana kami akan menjadi yang celik dan yang tidak dpt melihat.Mata kami ditutup segelap-gelapnya dan dibawa menuruni setiap tangga dan melintasi jalan.Setiap langkah hanya perasaan yang resah saja menyelubungi sy. Perasaan bimbang kerana waktu itu sy hanya mampu mendengar tapi tak dapat melihat apakah yang berlaku disekeliling sy.
-
Meskipun hanya sebentar berlakon menjadi seorang yang tak dapat melihat membuatkan sy berasa sebak memikirkan bagaimana mereka boleh mengharungi hari-hari yang mendatang dalam kehidupan mereka? Dengan persekitaran segelintir masyarakat pada zaman ini yang 'selfish'.Tidak semua tapi hanyalah segelintir sahaja yang mempunyai sikap-sikap sebegini.Kalau bukan kita yang celik , siapalah yang akan menolong mereka ketika mereka memerlukan khidmat kita?
-
Kita sering mengeluh di setiap hari-hari kita. Sering mengeluh ketika ada satu hajat tak tertunai.Namun , cuba kita lihat mereka. Tidakkah kita merasa malu?Meskipun mereka kehilangan nikmat penglihatan, namun mereka tetap bersemangat menjalani kehidupan!!
-
Mengapa saya kata mereka lebih bersemangat dpd kita yg 'celik' ini?
-
Ada salah seorang diantara mereka yang berjaya menghafal 30 juz al-quran meskipun tak dapat melihat seperti kita.Tidakkah mereka lebih bersemangat berbanding kita?Umurnya masih muda tapi 30 juz al-quran didada meskipun ditarik nikmat penglihatan.Dan ada juga  salah seorang daripada mereka yang tidak dapat melihat ketika tahun 2011,bukanlah cacat penglihatan ketika kecil.Beliau menceritakan bagaimana beliau boleh bangkit semula untuk menerima kenyataan tersebut.Sudah pasti ianya bukan lah satu perkara yang mudah.Namun, beliau berjaya melepasi rasa 'depression' itu. 
-
ketika ditanya bagaimana kah ketika mereka bermimpi?adakah mereka bermimpi seperti kita yang celik ini?
-
Jawapannya...hanya suara.Tiada warna,tiada rupa...
-
Jom kita sentiasa bersyukur.Jika hadir satu masalah, cubalah pejamkan mata dan cuba fikirkan mereka yang mempunyai dugaan yang lebih berat berbanding kita.

Saturday, October 6, 2018

IBRAH DI HOSPITAL :)

Sewaktu rancak berbual bersama rakan, tiba-tiba aku terdengar suara dari arah katil sebelah. Aku membuka langsir dan aku melihat seorang mak cik terbaring di atas katil. Beliau menjerit kesakitan seperti sakit di seluruh badan. Rupa-rupanya mak cik ini berada di hospital gara-gara terjatuh di dalam bilik air lalu dihantar ke hospital oleh anaknya. Sewaktu aku dan rakan-rakan berada di hospital, tidak ku lihat kelibat anaknya. Mungkin anaknya sedang ada hal di luar kerana kulihat barang anaknya masih ada di situ.

...

Seusai sahaja makan, lantas aku bangun untuk mambasuh tangan. Ketika aku lalu tiba-tiba ada suara yang menyapa mesra kepadaku.

"sapa tu ha?"

"ouh saya dengan kawan saya mak cik. kami datang nak tengok kawan kami"

"ouh...anak dah makan?ni ada lagi makanan hospital.Mak cik tak lalu(selera) makanan hospital. Makanan hospital ni tak sedap"

Aku memandang dan senyum pada mak cik itu dan menyuruhnya memakan buah tembikai yang telah dihidangkan.

Mak cik ini meyembang rancak dengan aku dan rakan-rakan. Sangatlah ramah orangnya.

"mak cik ni ada kat mana ha?"

"ouh..mak cik ni kat hospital. Mak cik ada sakit sikit-sikit ja"

"ouh..gitu ka?anak semua ni asal mana? buat apa kat sini?"

"kami asal kedah mak cik..kami tengok kawan kami sakit kat sini"

"mak cik kedah jugak.samala kita noh"-katanya sambil ketawa dan kami juga ketawa .suasana bilik itu tiba-tiba menjadi meriah.
  
...

Lalu mak cik ini memberitahu tentang anak-anaknya satu persatu.

"anak mak cik sorang tu pensyarah di uitm nama zamri (bukan nama sebenar)mak cik duk ngan dia la lani"

...

Tiba-tiba mak cik ini menanyakan kami lagi mengapa beliau berada di hospital. dan segala bentuk perbualan sama sahaja seperti di awal perbualan kami tadi. Mungkin mak cik ini sudah lupa jawabku dalam hati. Tidak silap mungkin 4 atau 5 kali sudah perkara yang sama saja yang diulanginya.Aku dan rakan-rakan menjawab sahaja apa yang ditanya walaupun sama sahaja pertanyaannya.

Tapi apa yang bermain di kotak fikiran ku adalah meskipun mak cik ini mudah lupa tapi beliau selalu ingat saja nama anaknya. Nama anaknya 'zamri' tidak pernah lupa. sering kali dibibirnya menyebut namanya .walaupun mak cik itu lupa yang beliau sudah bertanyakan soalan yang sama sejak tadi, tapi nama anaknya tetap saja ingat dan disebut dengan bangga. 

Aku juga bangga kepada anaknya kerana menjaga ibunya dengan sabar. Menurut rakan ku yang berada di sebelah katilnya, anak-anaknya sering saja datang melawatnya. Karena itu, aku bangga. Aku berharap aku dapat mencontohi sikap anaknya.Walaupun kerja besar, kerja pensyarah tapi tidak pernah melepaskan tanggungjawab untuk menjaga ibunya yang uzur.

...

sebelum kami beredar daripada situ, mak cik itu sempat meninggal kan pesanan buat kami semua.

"anak..kalau nak berjaya..ingat la jaga hubungan dengan Allah, buat baik dengan ibu bapa, selalu doa kat ibu bapa"

"ayah dengan mak ada lagi?"

"ada lagi mak cik"

"kalau mereka ada lagi buat la baik.Apa yang mak ayah larang jgn buat.Kalau dah tiada , doalah untuk mak ayah"

Itulah antara pesanan yang sempat ditinggal kan untuk kami semua. Niatku kami ke hospital untuk melawat seorang rakan yang sakit, rupa-rupanya Allah mempertemukan kami dengan seorang mak cik ini utk memperingatkan kepada kami tentang tugas sebagai hamba Allah dan dan sebagai anak.